Tuesday, July 8, 2008

Hujan Yg Turun.........

Hujan yg turun sebelum 5 pagi hari ini telah menyebabkan kesusahan, kerunsingan dan kemarahan kepada org ramai.
Asal hujan lebat aje mula lah jalan raya dibanjiri.
tidak kira jalan kampung.jalan persekutuan dll.
Apakah tiada perancangan utk menangani masalah ini?

Apakah setiap kali hujan, KITA pengguna jalan raya dan mangsa rumah banjir yang perlu menanggung akibatnya?
Kemana perginya pegawai perancang bandar yang konon2nya berkelulusan dan berpengalaman?
Lihatlah dari stesen bas klang sahaja,hendak melepasi tol sg rasah memerlukan masa satu jam hanya kerana hujan lebat.
Dan kawasan perumahan di sekitarnya semua ditenggelami air setinggi satu meter.

Dan kemana perginya pihak berkuasa yang patut mengawal keadaan?
Batang hidung pun tak nampak?Nakdijemput baru datang ke?Karpet merah???
Perlu ke menunggu sehingga ada yg menelefon dan komplen baru hendak bertindak?
Atau perlu tunggu wartawan dari CNN.BBC ....datang?
Atau perlu ada anak org kaya,VVIP yang kenderaan rosak tgh jalan,dihanyut air hujan baru hendak bertindak?

Yang pelik bin ajaib,kawasan yg org sebut tak elit atau sederhana lah selalu banjir.
Kawasan elit2,jutawan2,VVIP,menteri2 tak banjir pulak?
Nak kata mereka bayar cukai tanah dan pintu,KITA pun bayar juga
Klu kawasan golongan mewah ni longkang ke.parit ke bertakung aje..cepat aje pihak sepatutnya datang menyelesaikan masalah....

Klu kita..hmmmmm hampeh....tak wakil rakyat disembah,karpet merah atau TV3 datang mmg tak jalan lah. jawabnya...............
Tenggelam ke, hanyut ke rumah KITA tiada yg kisah betul tak..pak menteri2 kita????

Mengapa lah perancangan pembangunan perumahan dll kita tidak mengambil kira masa akan dtg,5 thn,10 thn ..... dan kesan2 lain yang akan datang?
Klu tersusun dan terancang akan jadi begini ke????

Kenapa tiada bajet utk menangani masalah banjir?
Apakah projek mega lebih penting dari masalah rakyat?
Apakah KITA rakyat golongan tak mewah tak layak mendapat hak2 kita?

Mcm ni baik buat rumah sampan ajelah................

Asal hujan turun,banjir lah lembah klang....
Hujan..oh...hujan....
Menteri..oh..menteri...............
Klu katak..tetap katak.......
klu duit...tetap duit....
yg miskin...takkan tetap miskin
yg kaya ....takkan tetap kaya......

Menteri oh menteri
klu begini senang kerja kamu,
kami semua pun nak jadi menteri
asal banjir, dtg tunjuk2 muka di tempat banjir,
lepas tu janji mcm2
depan wartawan semua boleh
belakang wartawan semua tak ingat
mana ada janji...
rakyat salah dengar tu....
media salah tulis tu....
Alahai senang nya kerja
Menteri oh menteri.....

Tangisan katak di siang hari pasti.................

To be continued ..>>>>>>>>>...

No comments: