Monday, November 16, 2009

Kisah Bekalan elektrik putus..& TNB - Part 1

Hari Khamis 12 November 2009 hujan lebat lebat yg turun mengakibatkan rumah aku sekali lagi dipanah petir dan kilat.Kali ini,sekali dgn talian tetap.
Nasib aku tiapkali klu hujan turun diikuti dgn kilat,alamat kena petir lah rumah aku
Buat kesekian kali aku terpaksa tukar fius elektrik lagi.
Kisahnya begini...
Bila aku sampai umah,big sister aku dah kata rumah tiada bekalan elektrik.Yg pelik rumah jiran ada pulak.Cuma jiran sebelah rumah aje tingkat atas tiada bekalan elektrik.Oklah aku pun guna lilin mandi lepas tu nak tidur.
Big sister bising entah pukul berapa lah TNB nak dtg baiki.Aku telefon lah TNB di no 15454.Beberapa kali aku telefon hanya suara robot perempuan yg tinggalkan pesanan. Sekali kata no giliran anda skrg ialah no.52,telefon lagi no giliran anda 49.AKu cuba call juga sbb rasa pelik asal umah aku aje tiada bekalan?
Akhirnya aku buat keputusan guna khidmat SMS TNB aje lah.Cuba ajelah.rugi duit sms lebih baik dari rugi duit dengar robot bercakap.Walaupun pening tapi aku berjaya juga membuat laporan kpd TNB.
Tunggu dlm kurang satu jam TNB pun dtg.Itupun big sister kata ada van TNB dtg.Masa tu aku dah separuh pejam mata.
Lepas TNB periksa meter elektrik katanya bekalan dr TNB ok.Tiada masalah.masalah skrg ialah masalah dalaman rumah.Lepas tu,pakcik TNB yg seorang tu tolong periksa fius rumah.Sah memang fius ada masalah.Pakcik TNB tu tolong buat mana yg patut dan lepas tu bagi tau mengapa,kenapa dan apa sebab elektrik takde.Untuk sementara waktu rumah aku terang sikit
Terima kasih pak cik.....
Esoknya aku pun tukar fius elektrik...tapi..

Thursday, November 5, 2009

Andai itu takdirnya.....

andai itu takdir untuk aku
aku menerimanya dengan seada
andai itu mampu mengembirakan hati aku
andai itu mampu mengembirakan hati mereka
andai itu dapat mengurangkan dendam
andai itu mampu menghapuskan kebencian aku
aku menerima takdirnya
siapa aku untuk melawan takdir
siapa aku untuk menolak takdir

Emosi

Mampukah aku menghadapi tekanan ini sekali lgi?
Kenapa begitu kuat dugaan yg ku terima di tempat kerja?
Mengapa satu demi satu dugaan yg berat perlu ku tempuhi?
aku terasa putus asa
aku terasa nak lepaskan segalanya
mencari kerja di tempat baru
tatepi melarikan diri bkn satu pilihan
tapi aku masih ada pilihan ke?
selain bertahan dan melawan apa lagi pilihan aku ada?
menangis..?
ya itulah satu-satu cara aku melepaskan
segala kemarahan
segala kekecewaan
segala kekusutan
segala amarah dendam
tapi siapakah yang tahu apa yang aku alami?
siapa yang sudi meminjamkan bahu utk aku menangis?
siapa yang sudi meminjamkan telinga mendengar masalah aku?

Wednesday, November 4, 2009

Hujan

tik tak tik tak
hujan pun turun
Bermula lah musim hujan
Entah bila penghujungnya
Tiap kali hujan mesti aku risau
Risau rumah dimasuki air tak..?
Katak mula bernyanyi beramai-ramai
Mlm jimat elektrik
sejuk tak payah pasang kipas....