Sedih, marah, kecewa, simpati dan mcm perasaan ada.
Sedih kerana masih ada manusia yg berfikiran kolot dan bermata duitan.
Percayakah masih ada manusia yg berfikiran bekerja dgn kerajaan adalah satu penghormatan wlpn cuma jadi tukang sapu?
Hanya kerana menantu lelaki bkn bekerja dgn kerajaan dituduhnya menantu yg tidak pandai dan kahwin dgn anaknya kerana hendak menumpang kesenangan.
Almaklum lah..anak kerja jururawat gaji sebulan RM5k.
Difahamkan, mak mertua menggunakan ilmu hitam dari kalangan org asli yg dipanggil
sakaiutk memisahkannya
Mungkin sudah ditakdir hari ini terbuka hatinya utk bercerita dgn saya.
Nasib sempat jumpa saya kerana, kata Az dia hmpr jumpa dgn bomoh sakai utk minta pulangkan apa yg bekas mak mertua buat pada keluarganya.
Kerana panas hati,mmg sudah dia teringin nak buat mcm itu.Balas balik.
Kisahnya, sudah 5 thn mereka berpisah. Bekas isteri tidak pernah balik jumpa anak-anak yg seramai 4 org. anak paling kecik masa ditinggalkan berumur setahun 8 bulan. Betapa sedih,kecewa dan panas hati AZ bila mengenangkannya.
Kata AZ,selama 11 thn berkahwin tiada masalah hatta pergaduhan.secara tiba2 isterinya berubah.
8 bulan isterinya tidak balik umah.balik sekali sekala.bila balik minta cerai.itu kemuncaknya.
Bila isterinya minta cerai,AZ tidak mahu, isterinya menumbuk mukanya smpi bibir pecah berdarah, hempas HP di jalan raya dan hampir memecahkan cermin keta dgn pengunci kereta.
Apa yg tidak kena dgn isterinya yg tiba2 mengamuk?
Dah beribu dihabiskan dan ramai2 sgt bomoh dan ahli agama AZ jumpa.
Bomoh semua tarik diri kerana katanya ilmu yg digunakan pada isterinya adalah terlalu tinggi dan kebal.
Saya cuma boleh nasihatkan AZ..lupakan dia,terima hakikat dan maafkan mereka.
Sampai masa nnt, Tuhan akan turunkan balasannya.
AZ kata mmg ada byk org suruh buat itu ini tapi satu saja saya tau, ilmu sakai bkn senang nk lawan tanpa hati yg bersih dan ilmu agama yg kuat. Tidak perlu membalas balik perbuatan mereka.
Kata AZ dia masih mengharapkan bekas isterinya kembali pada dia demi anak2 dan kerana dia percaya bekas isteri tidak sedar apa yg berlaku kerana dikawal jin.
Apa saya boleh kata, 11 thn bukan singkat masanya...anak dah 4.Walau mcm mana pun kasih sayang masih ada.
Kenapa manusia perlu smpi menggunakan ilmu hitam?
Tidak kah ibunya hendak melihat anak2 bahagia?
Tidak kah dia ingat Tuhan itu ada?
No comments:
Post a Comment